Selasa, 30 Ogos 2022

Menampilkan Keunikan Nilai Produk Agromakanan

TXL – Kompaun Herba Tradisional Cina Klasik, EX18 – Minuman Herba Tradisional Cina Generasi Baharu yang Berkualiti TInggi

Menampilkan Keunikan Nilai Produk Agromakanan

TXL – Kompaun Herba Tradisional Cina Klasik, EX18 – Minuman Herba Tradisional Cina Generasi Baharu yang Berkualiti Tinggi 

Menampilkan Keunikan Nilai Produk Agromakanan

           

            Ramuan-ramuan TXL dan EX18 dikawal dan dipantau ketat oleh kilang farmaseutikal bertaraf GMP. Seluruh proses pengeluaran produk menepati standard antarabangsa yang paling ketat, bermula daripada pemilihan lebih daripada 10 jenis herba berkualiti tinggi, disusuli dengan penerapan proses pengekstrakan yang khas untuk mengekalkan ramuan aktifnya, sehingga kawalan kualiti yang ketat terhadap setiap kelompok produk. Kedua-dua produk ini merupakan produk botani berkualiti tinggi berasaskan tumbuhan semula jadi yang mempunyai nilai perubatan, bukannya produk dihasilkan secara buatan melalui proses fermentasi. Sebagai perbandingannya, produk fermentasi menerapkan teknologi pengeluaran yang canggih bukan sahaja lebih mudah dihasilkan, lebih cepat dituai dengan kapasiti pengeluaran yang lebih mudah dipertingkatkan, malah juga lebih murah daripada produk yang dihasilkan melalui proses sintesis kimia. Justeru itu, kos pengeluaran bagi kedua-dua kelas produk tersebut tidak berada pada tahap yang sama.             

            Antara cabaran utama adalah bekalan bahan mentah herba Cina semakin berkurangan. Tidak kira pembiakan secara liar selepas penyemaian secara manual, mahupun seluruh proses penanaman dilakukan secara manual, faktor-faktor seperti iklim, tanah dan persekitaran fizikal yang sesuai, perlu diusahakan secara intensif oleh tenaga buruh yang ramai dalam tempoh masa yang panjang, serta bebas daripada gangguan bencana alam turut menyumbang kepada kelancaran proses penuaian hasil tanaman bagi semua jenis herba Cina. Ini menyebabkan kapasiti pengeluarannya adalah terhad dan harganya bukan sahaja melonjak naik sejak 20 tahun kebelakangan ini, malah dijangka akan terus meningkat pada masa depan.

            TXL dan E18 bukanlah dimaksudkan untuk mengait keuntungan, sebaliknya bertujuan untuk menyelamatkan nyawa dan memelihara kesihatan insan sejagat. Kompaun Herba Tradisional Cina seperti TXL dan E18 yang berkualiti, berkesan dan selamat amat diperlukan oleh pasaran dan orang ramai kerana ia dapat membantu lebih ramai orang mencegah penyakit sebelum parah, dan dijadikan sebagai rawatan tambahan tepat pada masanya untuk proses penyembuhan yang lebih baik.           

          Kedua-dua Minuman Kompaun Herba Tradisional Cina yang berkualiti tinggi ini boleh membantu seisi keluarga anda memulakan amalan penjagaan kesihatan lebih awal demi mencegah kanser dan menikmati gaya hidup yang cergas dan sihat.

            Pada 20 Ogos 2022, Tombo Enterprise bersama dengan produknya TXL, Kompaun Herba Tradisional Cina Klasik yang berusia 31 tahun telah dinobatkan sebagai pemenang "Anugerah Jenama Produk Pertanian Cemerlang” bagi Kategori Syarikat sempena Majlis Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia Ke-6 Tahun 2022.           

            Sebagai anugerah yang berwibawa dan boleh dipercayai, penilaian dan pemilihan pemenang dilakukan oleh penganjur berdasarkan standard antarabangsa ISO 9001 untuk memberi pengiktirafan dan sanjungan kepada individu dan organisasi yang mencatatkan prestasi cemerlang dalam pembangunan industri pertanian dan industri berkaitan, pada masa sama juga menyumbang kepada pembangunan industri pertanian yang sihat dan selamat. Acara tahunan ini dianjurkan oleh Persatuan Perlindungan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (APDAM).  

 

Sila ikuti halaman Facebook kami untuk maklumat lebih lanjut :  www.facebook.com/tianxian/


Share

Other stories to share: