Selasa, 02 Februari 2021

Pengenalan E18 (Ekstrak 18)

Keselamatan dan keberkesanan Polygonatum sibiricum terbukti dengan sejarah penggunaannya yang panjang.

Pengenalan E18 (Ekstrak 18)

Ramuan utama E18 ialah Polygonatum sibiricum. Sejarah penggunaannya dalam masyarakat Cina bermula sejak dua ribu tahun yang lalu. Polygonatum sibiricum Dizang di Selatan meraih reputasi yang setara dengan Ginseng Gunung Changbai di Utara. Keempat-empat Polygonatum sibiricum, Ginseng, Ganoderma lucidum dan Poria cocos dikenali sebagai “4 herba mujarab” dalam bidang perubatan tradisional Cina. Polygonatum sibiricum amat disanjung sejak turun temurun oleh doktor terkenal, maharaja, kaum bangsawan, sasterawan dan penyair. Contohnya, Li Shizhen, salah seorang daripada empat doktor terkenal, memuji Polygonatum sibiricum sebagai "intipati bumi dan tonik terulung untuk menyihatkan badan” dalam "Compendium of Materia Medica". Du Fu, penyair terkenal, menyanjung kemujaraban Polygonatum sibiricum dalam menghitamkan uban dan mengawet muda dalam puisinya berjudul "Gunung Zhangren". Polygonatum sibiricum sering dijadikan makanan ruji pilihan utama para pertapa dan pendeta sakti. Misalnya, Kim Gyo-gak (696-794), putera Silla Dinasti Tang, menjadikan Polygonatum sibiricum sebagai makanan utama ketika beliau bertapa di Gunung Jiuhua selama 75 tahun dan hidup sehingga mencapai usia 99 tahun. Testimoni terkini yang dijumpai ialah mayat sami Daxing (1894-1984) yang disembah di Gunung Jiuhua. Beliau terkenal dalam merawat penyakit menggunakan amalan qigong sebelum meninggal dunia. Pada zaman kebuluran itu, beliau menjadikan Polygonatum sibiricum liar sebagai makanan utama dan berjaya merawat ramai pesakit dengan amalan qigong.

 

Keselamatan dan keberkesanan Polygonatum sibiricum terbukti dengan sejarah penggunaannya yang panjang. Dengan sifatnya yang sederhana, ia berkesan untuk menyegarkan badan tanpa menyebabkan kepanasan badan. Sifat ini merupakan keunikan utamanya.

 

Hasil penyelidikan perubatan moden mendapati Polygonatum sibiricum mengandungi lendir, kanji dan gula. Polygonatum cyrtonema mengandungi asid azetidin karboksilik, asid aspartik, homoserin, digitonin dan pelbagai jenis sebatian antrakuinon. Ia berfungsi untuk meningkatkan fungsi imun, mencegah penuaan dan keletihan, menahan kekurangan oksigen, meningkatkan metabolisme, menurunkan gula dalam darah dan menguatkan jantung. Selain itu ia juga bertindak untuk merencatkan pelbagai jenis bakteria dan kulat pada kulit. Kesannya ketara dalam melegakan pening kepala, kelemahan pinggang dan lutut, uban pramatang dan keletihan yang disebabkan oleh kehilangan pati buah pinggang. Kandungan polisakarida dalamnya pula mampu meningkatkan fungsi imun dan fungsi makrofaj, menggalakkan pengeluaran limfokin, merangsang penghasilan darah, menghilangkan batuk dan berkesan untuk merawat leukopenia.

 

E18 dirumuskan dengan Polygonatum sibiricum dan beberapa jenis herba berkualiti tinggi. Proses pengekstrakan yang khas telah diterapkan untuk mengekalkan ramuan aktif semula jadi. Kompaun herba ini berkesan untuk meningkatkan kecergasan fizikal, melembutkan saluran darah, menggalakkan metabolisme, melegakan tekanan, meningkatkan kualiti tidur, mencegah alahan, meningkatkan sistem imun, anti-penuaan, anti-kanser, dan sebagai rawatan tambahan untuk melawan kanser dan mencegah kanser berulang. 

 

Cara pengambilan: Simpan dalam peti sejuk jika suhu bilik melebihi 25 darjah atau selepas dibuka. Untuk menjaga kesihatan, diambil 20ml sekali, dan 1 kali sehari. Untuk penyakit tenat, diambil 1 kali 30 minit sebelum makan dengan dos harian kira-kira 60ml-90ml. Separuh dos diambil untuk kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun. Sila hubungi konsultan profesional E18 untuk maklumat lanjut.

 

Sila ikuti halaman Facebook kami untuk maklumat lebih lanjut :  www.facebook.com/tianxian/

  


Share

Other stories to share: