Sabtu, 28 Ogos 2021

Pilih Vaksin yang Selamat

Tepati mekanisme semula jadi dan standard keselamatan untuk memberikan...

Pilih vaksin yang selamat dan menguatkan sistem imun tidak spesifik sebagai langkah perlindungan peribadi
Optimumkan sumber pertahanan semula jadi untuk membina benteng pertahanan diri yang terkuat

Dikarang Oleh Sun Ling Xian, Doktor Perubatan Cina merangkap Pakar Onkologi Perubatan Cina dan Barat Bersepadu) (3 Ogos 2021)

 

Jika ditinjau dari segi kecekapan dan pengurusan pengeluaran vaksin, vaksin DNA atau mRNA memang memiliki lebih banyak kelebihan daripada vaksin nyahaktif konvensional.  Antaranya termasuk, keselamatan proses pengeluaran vaksin lebih mudah dikawal; pemberian antigen spesifik untuk merangsang sistem imun menghasilkan antibodi akan menjanjikan kesan peneutralan virus yang lebih tinggi, dan lebih berkesan untuk menggalakkan tindak balas imun selular; mesej antigen yang tunggal diedit dengan memanfaatkan teknologi kejuruteraan genetik membolehkan ia lebih mudah direplikasi dan dihasilkan secara besar-besaran; vaksin generasi baharu dapat dibangunkan pada bila-bila masa dengan pengubahsuaian terhadap susunan genetik virus varian baharu. Dengan faktor-faktor tersebut di atas, vaksin DNA atau mRNA sememangnya mengekalkan kelebihannya dari segi pengeluaran.

 

Vaksin mRNA hanya perlu masuk ke sitoplasma untuk merangsang sel badan menghasilkan antigen virus, sedangkan vaksin DNA perlu masuk ke dalam nukleus untuk ditranskripsikan kepada RNA sebelum ia diterjemahkan menjadi antigen. Justeru itu, vaksin mRNA berisiko lebih rendah untuk mengalami mutasi genetik jika berbanding dengan vaksin DNA. Dengan memiliki beberapa kelebihan di atas, kelemahan vaksin mRNA dari segi keperluan suhu penyimpanan boleh diketepikan.

 

Adakah benar kelebihan vaksin DNA atau mRNA boleh mengatasi kelemahannya? Setakat ini, selain daripada vaksin nyahaktif konvensional, hampir semua jenis vaksin baharu di dunia dibangunkan dengan menerapkan kedua-dua teknologi kejuruteraan genetik dan nanopartikel. Vaksin protein subunit seperti Novavax serta vaksin MVC dan vaksin UB-612 dari Taiwan yang tidak merangsang sel-sel normal dalam badan penerima vaksin menghasilkan antigen [secara teorinya] dianggap lebih selamat daripada vaksin DNA dan mRNA (Sila rujuk Nota). Vaksin adenovirus DNA (seperti AZ dan Johnson & Johnson) atau vaksin mRNA (seperti Moderna dan Pfizer BNT) yang disuntik ke dalam badan akan menghantarkan isyarat kepada sel-sel normal (seperti sel otot atau sel endotel vaskular) dalam badan penerima vaksin supaya menghasilkan protein spik sebagai antigen. Penghasilan protein spik akan dikesan oleh sel-sel imun, seterusnya merangsang dan mengaktifkan tindak balas sistem imun untuk menghasilkan antibodi spesifik yang meneutralkan virus itu. Jika berbanding dengan vaksin protein subunit, mekanisme ini bukan hanya mengaktifkan tindak balas antibodi, tetapi juga lebih cenderung merangsang tindak balas imun selular. Walau bagaimanapun, di sebalik kelebihan, tentu ada kelemahannya. Tindak balas imun selular ini berkemungkinan menjadi pemicu utama kepada kesan sampingan atau komplikasi selepas menerima vaksin mRNA?!

 (Nota: Vaksin protein subunit mempunyai tempoh pembangunan yang lebih pendek dan mencatatkan bilangan penerima vaksin yang lebih sedikit daripada jenis vaksin yang lain. Oleh itu, hanya data klinikal Novavax dan mekanisme penggunaannya digunakan untuk menilai tahap keselamatannya berbanding dengan vaksin DNA atau mRNA.)

 

Setakat ini, kedua-dua vektor adenovirus (vaksin DNA) dan vektor nanopartikel (vaksin mRNA) direka untuk menembusi membran sel normal dan memasuki ke dalam sel (atau nukleus). Proses ini seumpama memberikan arahan baharu kepada sel-sel normal dalam badan kita supaya berubah menjadi kilang pengeluaran protein spik virus. Jika berdasarkan prinsip dasar imunologi, sel normal (seperti sel endotel pembuluh darah dan kardiomiosit) yang diarahkan untuk menghasilkan antigen susulan penerimaan vaksin DNA atau mRNA bukan sahaja akan menimbulkan kejadian trombosis (pembekuan darah), malah juga mungkin mendedahkan sel-sel tersebut kepada ancaman yang disebabkan oleh serangan daripada sistem imun badan sendiri (autoimun).

 

Pemilihan vaksin dan ubat-ubatan adalah berbeza dengan pemilihan peranti elektronik 3C, tetapi sama seperti pemilihan rakan. Sahabat lama lebih baik daripada sahabat baharu, begitu juga, ubat-ubatan yang dibangunkan lebih lama biasanya lebih selamat. Kita harus memilih vaksin yang selamat bagi membiasakan badan kita dengan serangan virus yang serupa. Dengan itu, badan kita dapat menghasilkan antibodi spesifik dengan segera apabila dijangkiti virus varian terbaru pada masa akan datang, di samping itu juga dapat mengurangkan gejala dan mengelakkannya daripada berubah menjadi tenat.

 

Mekanisme ramuan ubat-ubatan Cina yang terkandung di dalam EX18 atau TXL adalah berbeza dengan mekanisme vaksin yang bertujuan untuk merangsang fungsi imun spesifik. Dengan ramuan seperti polisakarida dan triterpenoid, EX18 atau TXL bertindak untuk mengaktifkan sel-sel imun yang utama [tidak spesifik], iaitu sel-T dan sel-NK seperti makrofaj CD4 +, CD8 + dan CD16 + 56. Dengan ini sistem imun semula jadi diperkuatkan agar sumber pertahanan yang terhad tidak tersia-sia. Sebagai contohnya, penerimaan dua atau tiga suntikan vaksin yang membabitkan isu keselamatan hanya akan memaksa sel-sel imun menghasilkan antibodi yang tidak semestinya berkesan untuk meneutralkan antigen virus varian terbaru. Oleh itu, strategi pencegahan penularan wabak yang menepati mekanisme semula jadi dan standard keselamatan adalah memilih vaksin yang lebih selamat, dan disusuli dengan pengambilan ubat-ubatan Cina untuk meningkatkan sistem imun. Amalan ini dapat mengoptimumkan sumber pertahanan semula jadi untuk membina benteng pertahanan diri yang terkuat bagi melindungi badan kita daripada ancaman virus, dan berupaya merencatkan penggandaan virus jika terjangkit demi memberikan lebih banyak masa kepada sistem imun kita untuk bertindak dan menghasilkan antibodi spesifik bagi melawan virus tersebut.

 

Sila ikuti halaman Facebook kami untuk maklumat lebih lanjut :  www.facebook.com/tianxian/ 

 


Share

其它资讯分享: