Mengalami jangkitan bakteria, Sembelit Kronik Selepas Terkena Serangan Strok Ringan

Menjaga Kesihatan Dengan E18 dan Menikmati Hidup Dengan Tenang

Mengalami sembelit kronik selepas terkena serangan strok ringan, dan badan semakin lemah seiring dengan peningkatan usia, menjaga kesihatan badan dengan E18 dan menikmati hidup dengan tenang.

Menjaga Kesihatan Dengan E18 dan Menikmati Hidup Dengan Tenang
Goh Thong Yeow Malaysia

Berfungsi Anti-Radang Terhadap Jangkitan Bakteria

Pada hujung Oktober 2021, buah zakar saya meradang, bengkak dan rasa sakit apabila membuang air kecil. Selepas membuat pemeriksaan di hospital, doktor mengesahkan bahawa ia mengalami keradangan akibat jangkitan bakteria. Setelah menerima rawatan antibiotik di hospital selama 5 hari, bahagian meradang beransur-ansur reda tetapi masih terasa sakit dan bengkak. Selain itu saya juga terasa kurang selesa akibat kesan sampingan antibiotik. Apabila keluar dari hospital, saya mula mengambil E18 sebanyak 2 kali sehari, pada sebelah pagi dan malam, dan 20ml setiap kali. Kira-kira seminggu kemudian, saya berasa amat terkejut dan gembira apabila mendapati buah zakar saya tidak sakit dan bengkak lagi.

 

Mengatasi Masalah Sembelit

Serangan strok ringan pada tahun 2019 telah menyebabkan pergerakan tangan dan kaki sebelah kiri saya terjejas, dan juga masalah sembelit kronik. Selepas saya mengambil E18 lebih kurang 1 bulan, masalah sembelit menjadi bertambah baik. Kini, saya dapat membuang air besar setiap hari dan ini antara perubahan yang sangat ketara.

 

Benjolan Lemak (Lipoma) Kecil Hilang Sama Sekali

Terdapat satu benjolan hitam yang sekecil kacang hitam di sudut mata kiri saya. Saya pernah bertanya kepada doktor sama ada ia boleh dibuang melalui pembedahan. Bagaimanapun, pembedahan tidak dijalankan pada akhirnya kerana doktor memberitahu saya bahawa pembedahan mungkin akan menjejaskan penglihatan saya, tambahan lagi kos pembedahan adalah melebihi RM4,000. Baru-baru ini, anak saya mendapati benjolan kecil di sudut mata saya itu sudah hilang. Selain itu, benjolan lemak di belakang leher saya juga hilang sama sekali.

 

Melegakan Batuk

Badan saya mudah mengalami alahan. Saya kerap batuk dengan kuat sekali apabila dada dan tekak terasa gatal. Kini, saya dapati mengambil E18 boleh melegakan gatal tekak dan membuat dada saya terasa lebih selesa.  Walaupun saya masih batuk apabila dada terasa gatal, tetapi tidak lagi seteruk keadaan sebelumnya.

 

Doktor yang Baik Hati Menasihatkan Saya Supaya Menjalani Hidup dengan Tenang

Pemeriksaan MRI yang dijalankan susulan serangan strok menunjukkan saluran darah otak saya menjadi semakin nipis dan mempunyai bayangan. Apabila mendapati saya tidak mahu menjalani pembedahan lagi, doktor berkata, "Jika awak memutuskan untuk tidak menjalani pembedahan,  awak juga tidak perlu membuat pemeriksaan MRI kerana semua jenis rawatan akan mendatangkan bahaya kerana awak sudah lanjut usia. Awak tidak perlu tahu bagaimana keadaan di dalam otak awak. Anggaplah ia dalam keadaan baik dan nikmatilah kehidupan dengan hati yang tenang.” Saya berasa amat bersyukur kerana dapat bertemu dengan seorang doktor yang bertimbang rasa.

 

Penjagaan Kesihatan Wajar Diamalkan Seawal Mungkin Apabila Usia Semakin Meningkat

Kini, saya tidak mengalami sakit kepala tetapi masih mengalami kesukaran bergerak. Saya melakukan latihan berjalan di rumah setiap hari dan selera makan saya agak baik. Saya amat gembira dengan keadaan saya sekarang. Baru-baru ini, berat badan saya telah meningkat daripada 57 kg (2 tahun lalu) kepada 65 kg. Saya agak bimbang saya akan menjadi terlalu gemuk dan akan menjaga pemakanan saya. 

Saya pernah bertemu dengan Dr. Sun Ling Xian ketika menghadiri seminar TXL pada beberapa tahun yang lalu. Saya masih ingat kata-kata beliau, "Orang yang berbudi pekerti sentiasa meraih kegembiraan." Oleh itu, saya sudi berkongsi pengalaman saya dan berharap ia boleh membantu orang-orang lain yang mengalami masalah yang sama supaya membantu diri mereka dengan memanfaatkan E18. Saya berusia 72 tahun sekarang dan sedar bahawa pelbagai masalah kesihatan mungkin boleh berlaku seiring dengan peningkatan usia. Oleh itu, saya akan menjaga kesihatan badan dengan mengambil E18 secara berterusan.

 

Sila ikuti halaman Facebook kami untuk maklumat lebih lanjut :  www.facebook.com/tianxian/  

 


分享文章