Breast Cancer

Mujurnya Sempat Mengambil E18 Semasa Rawatan Radioterapi

Mujurnya sempat mengambil E18 semasa rawatan radioterapi. Cepat sembuh dan teruskan pengambilan E18 untuk mengurangkan risiko kanser berulang dan hidup dengan penuh ketenangan!

Mujurnya Sempat Mengambil E18 Semasa Rawatan Radioterapi
Tok Mee Lie Malaysia

Saya disahkan menghidap kanser payudara tahap 2 pada November 2018. Doktor menasihatkan saya supaya menjalani pembedahan untuk membuang tumor berkenaan. Bagaimanapun, saya enggan menjalani pembedahan dan tidak menerima sebarang rawatan pada masa itu.           

Pada Mei 2020, saya dapati saiz benjolan di bawah ketiak bertambah besar dan menjadi sebesar sebiji telur. Justeru itu, saya menerima cadangan doktor untuk menjalani pembedahan bagi membuang tumor. Hasil ujian biopsi mengesahkan bahawa kanser payudara saya sudah berada pada tahap 3 dan dikehendaki menerima rawatan kemoterapi sebanyak 6 sesi. Saya telah mengalami kesan sampingan dan muntah tanpa henti selepas menerima suntikan pertama. Selepas suntikan ketiga, saya mula mengalami gejala seperti ulser mulut, sakit tekak, demam ringan dan sebagainya. 

Saya telah melengkapkan sesi kemoterapi pada Oktober 2020. Pada masa itu, ahli keluarga saya mendapatkan E18, sejenis kompaun Herba Tradisional Cina, untuk saya. Saya mula mengambil E18 selepas berunding dengan penasihat dan memahami lebih lanjut mengenai manfaatnya.           

Pada bulan November tahun yang sama, saya mula menerima rawatan radioterapi. Di samping rawatan radioterapi, saya tetap mengambil E18 di rumah, sebanyak 3 kali sehari dan 20ml setiap kali. Dengan bantuan E18, saya dapat menyempurnakan 15 sesi rawatan radioterapi dengan lancar.           

Sepanjang tempoh rawatan, saya mengamalkan gaya hidup yang teratur dan pemakanan yang sihat, termasuk makan tiga hidangan utama, makan nasi perang, mengurangkan pengambilan buah-buahan yang manis dan minuman manis, serta melakukan senaman yang sesuai. Saya juga melakukan kerja rumah untuk mengisi masa lapang dan mengelakkan diri daripada membuang masa berfikir tentang hal-hal yang membimbangkan. Saya juga meneruskan pengambilan E18 dengan tenang, sebanyak 3 kali sehari dan 20ml setiap kali. 

Hasil pemeriksaan lawatan susulan pada April dan September 2021 menunjukkansegala-galanya berada dalam keadaan yang baik. Saya hanya mengalami beberapa gejala tidak selesa akibat kesan sampingan rawatan kemoterapi dan radioterapi.           

Laporan ujian darah susulan pada 8 Februari 2022 menunjukkan bahawa penanda kanser saya berada pada bacaan yang normal. Badan saya berkeadaan baik melainkan tidur terganggu akibat kerap berasa dahaga pada waktu malam.           

Kesan sampingan rawatan konvensional lazimnya akan melemahkan badan pesakit, keadaan saya pula sebaliknya. Badan, semangat dan selera makan saya tetap berkeadaan baik sepanjang satu setengah tahun yang lalu. Hal ini menyenangkan hati saya sekeluarga.           

Saya amat berterima kasih kepada keluarga saya kerana mendapatkan E18 untuk saya tepat pada masanya. E18 telah membantu saya sembuh dengan cepat semasa menerima rawatan. Saya juga sedar bahawa usaha memerangi kanser sangat mencabar, jadi perkara terpenting yang perlu saya lakukan adalah menjaga diri saya dengan sebaik mungkin bagi mencegah kanser daripada berulang.           

Saya akan terus mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat dan seimbang, memerhatikan "lima petanda" badan saya, di samping itu, saya juga akan teruskan pengambilan  E18 untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik dan hidup dengan penuh ketenangan. (Kisah E18 / 2022.02.22)

 

Sila ikuti halaman Facebook kami untuk maklumat lebih lanjut :  www.facebook.com/tianxian/  

 


分享文章