Masalah Tekanan Darah Rendah Akhirnya Kembali ke Paras Normal
Hajat untuk menderma darah akhirnya tercapai buat kali pertama selepas usia 50 tahun!

Badan saya lemah dan kerap jatuh sakit sejak kecil. Ketika berusia 22 tahun, saya ingin mengambil bahagian dalam kempen derma darah di universiti tetapi akhirnya ditolak atas sebab tekanan darah terlalu rendah. Pada masa itulah saya dapat tahu diri saya telah mengalami masalah tekanan darah rendah. Setelah mengetahui tentang hal ini, kakak saya meminta kawan karibnya yang juga pelajar perubatan Tradisional Cina memeriksa nadi saya dan mempreskripsi ubat herba Cina untuk mengawal atur tekanan darah saya. Saya telah mengambil ubat herba Cina selama beberapa bulan tetapi ia tidak membawa sebarang perubahan terhadap masalah saya.
Dalam tempoh 30 tahun berikutannya, saya cuba menderma darah setiap selang beberapa tahun tetapi tetap ditolak atas sebab berat badan terlalu ringan atau tekanan darah terlalu rendah. Percubaan terakhir yang saya lakukan pada Disember 2019 juga gagal atas sebab yang sama. Jadi, saya rasa diri saya adalah mustahil dapat menderma darah sepanjang hayat ini kerana tahap kesihatan saya tentu akan bertambah lemah seiring dengan peningkatan usia.
Secara Tidak Sengaja Mendapati Tekanan Darah Saya Telah Kembali Normal
Apabila saya berjalan melepasi sebuah pusat derma darah pada 6 Mac 2022, timbulnya niat untuk mencuba sekali lagi. Tanpa disangka, tekanan darah saya normal dan dibenarkan menderma darah. Saya amat terharu apabila melihat jururawat memegang beg darah yang saya sumbangkan itu. Hajat saya sejak usia 20-an untuk menderma darah demi menyumbang bakti kepada orang lain akhirnya tercapai buat kali pertama setelah menanti selama beberapa dekad. Mujurnya saya tidak pernah berputus asa dan bersyukur kepada Tuhan kerana melunaskan hajat saya. Hal ini telah menyedarkan saya tentang betapa pentingnya untuk mengekalkan berat badan dan tekanan darah yang standard pada saat-saat penting.
Kompaun Herba Tradisional Cina E18 dan TXL Membantu Mengimbangkan Sistem Badan
Sejak 2 tahun kebelakangan ini, bermula dari Julai 2019, saya mengambil "E18" dan "TXL" secara bergilir-gilir hampir setiap hari. Saya mengambil 20ml E18 sekali setiap hari, dan mengambil 1 karton TXL setiap tahun (Pengambilan pernah dihentikan lebih kurang 3 bulan dari Mei hingga Ogos 2021). Saya percaya percubaan kali ini berjaya dengan tekanan darah yang normal disebabkan saya mengambil E18 dan TXL secara berterusan untuk mengimbangkan sistem badan. Salah seorang rakan saya pernah bertanya kepada saya bahawa jika penderita tekanan darah rendah mengambil E18 yang berfungsi untuk menurunkan tekanan darah, adakah tekanan darahnya akan menjadi lebih rendah? Saya sendiri juga kurang pasti dan ingin tahu apakah kesannya memandangkan saya juga mengalami masalah tekanan darah rendah. Kepercayaan terhadap keselamatannya telah mendorong saya mengambil E18 secara berterusan dengan tenang, dan akhirnya saya dapat melihat kesannya dengan sendiri. Penggunaan ubat-ubatan tradisional Cina dalam merawat tekanan darah rendah berfungsi terutamanya untuk menyegarkan aliran tenaga dan darah, memanaskan jantung dan urat demi melancarkan peredaran darah. Ramuan kompaun herba yang berkualiti tinggi dalam E18 dan TXL telah memberi manfaat yang besar untuk mengimbangkan sistem badan.
Melancarkan Aliran Tenaga yang Tergenang di Dalam Hati
Kira-kira setahun yang lalu, bahagian bawah rusuk kanan saya sering terasa sakit apabila ditekan. Saya bimbang ia mungkin adalah tanda awal masalah hati. Pada masa itu, Dr. Sun Ling Xian memberitahu saya bahawa ia disebabkan oleh tenaga tergenang di dalam hati. Baru-baru ini, saya mendapati kesakitan pada bahagian tersebut sudah hilang. Menurut Dr. Sun, "Kesakitan akan hilang apabila aliran tenaga dan nadi menjadi lancar, dan itu jugalah tujuan rawatan perubatan tradisional Cina."
Kepercayaan, ketenangan dan ketabahan adalah antara faktor terpenting ketika mengambil E18 dan TXL kerana ia mengambil masa untuk memulihkan badan secara beransur-ansur. Memandangkan usia saya semakin tua, sentiasa sibuk dengan kerja dan mengalami tekanan yang kuat, saya akan mengambil E18 secara berterusan untuk menjaga kesihatan. Di samping itu, saya juga akan mengingatkan diri saya tentang pentingnya untuk berehat secukupnya dan mengekalkan keseimbangan antara bekerja dengan berehat. Harapan saya untuk kehidupan seterusnya adalah sentiasa kekal sihat, cergas dan tenang. (Kisah E18/2022.03.06)
Sila ikuti halaman Facebook kami untuk maklumat lebih lanjut : www.facebook.com/tianxian/